Tuesday, April 26, 2011

Ucapan Aluan Pengerusi Program Pendidikan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Rancangan Latihan Mengajar Praktikum, Program Pendidikan Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia kerana dapat membangunkan laman blog ini sebagai saluran dan maklum balas kepada kepada pelajar Pendidikan semasa mereka menjalani Latihan Mengajar di sekolah.

Laman blog ini amat penting kerana ia memuatkan matlamat Latihan Mengajar, panduan serta maklumat dari semasa ke semasa kepada pelajar yang yang menjalani latihan mengajar. Saya berharap agar laman blog  ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru pelatih sekalian dan menjadi medan untuk saling berhubung dan berbincang hal-hal yang berkaitan dengan latihan mengajar serta perkara-perkara yang bermanfaat. 

Di samping itu, saya juga ingin megucapkan selamat menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan dan patuhilah segala peraturan yang telah ditetapkan. Ambillah peluang semasa menjalani latihan mengajar ini untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu pengetahuan untuk membina jati diri sebagai seorang insan yang bergelar pendidik.

Akhir kata saya amat mengharap agar para pelajar dapat menghayati sepenuhnya matlamat latihan mengajar dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik semasa menjalani latihan ini.

Selamat maju jaya.
ILMU BUDI DAN BAKTI

DR MOHD ISHA AWANG
Pengerusi Program Pendidikan
Kolej Sastera dan Sains
Universiti Utara Malaysia

No comments:

Post a Comment