Tuesday, April 26, 2011

Kata Aluan Pengerusi RLM

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya ingin merakam ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk berkata sepatah dua berhubung dengan Rancangan Latihan Mengajar (RLM) 2011. RLM merupakan satu proses latihan praktikum atau amali untuk guru pelatih mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari sewaktu mengikuti kuliah pengajian dalam bidang pendidikan. Latihan ini bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di Universiti Utara Malaysia.

Bagi tahun 2011 ini RLM kita akan bermula pada 29 Mei hingga 19 Ogos 2011. Adalah menjadi harapan pihak Program Pengajian Pendidikan para pelajar akan dapat menjalani RLM dengan jayanya sehingga tamat. Budaya kerja cemerlang UUM diharap dapat dilaksanakan sepanjang tempoh RLM berlangsung.

Akhir kata saya berharap para pelajar dapat melaksanakan RLM ini dengan cemerlang dan dapat menaikkan imej UUM dalam arena pendidikan Negara.

Sekian,

SELAMAT MENJALANI RLM 2011.

No comments:

Post a Comment