Salam dan salam 1 Malaysia,
Selamat menjalani RLM 2013.
Sila pastikan anda menghantar jadual waktu P & P kepada Pensyarah Pembimbing di Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, UUM.
Anda boleh kongsikan pengalaman melaporkan diri pada hari pertama di sekolah di ruang ini.
Sunday, February 3, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam & Salam 1 Malaysia
ReplyDeleteAlhamdulillah pada hari pertama melapor diri amat dialu-alukan dan mendapat reaksi yang baik daripada pihak sekolah.
Pihak sekolah memaklumkan bahawa pada kali ini sekolah menerima paling ramai pelajar RLM iaitu seramai 11 orang (5 USM, 5 UUM & 1 UPSI).Syukur kerana pihak sekolah masih sanggup menerima saya dan rakan walaupun ramai kerana masih terdapat rakan lain di sekolah lain yang tidak bernasib baik.
Tetapi, pihak sekolah bertanya mengapa UUM agak lewat menghantar surat memaklumkan untuk menghantar pelajar RLM? Saya hanya mampu tersenyum.Sekian terima kasih.
Shafaeda Ahmad Shuhimi 217217
SMK Sg. Layar Sg. Petani Kedah.
salam
ReplyDeleteAlhamdulillah hari pertama dah mengikuti perasmian Program Nilam kat sekolah..dan acara pelantikan pengawas PSS..
guru-guru banyak membantu dlam menguruskan jadual waktu dan tempat nak duduk dlam bilik guru..
semua guru memberi kerjasama yang baik..
hanya saya seorang di sekolah tu..harap-harap tiada masalah..
Wan norazlina bt. abdul Ghani 216962
SMK Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah
Salam,
ReplyDeleteAlhamdulillah dah mendaftar di sekolah tapi masih xdapat jadual waktu lagi. Kawan-kawan nak tulis apa kat dalam buku rekod persediaan mengajar ni sbb jadual xde lg.
Nurzaihan Mohd Wajiah 216965
SMK Panji, Kota Bharu, Kelantan.
salam,
ReplyDeleteEncik Asnan dan Dr. Nafisah, saya rawihah zakria praktikal di SMK Sultan Ahmad telah menghantar jadual...
Salam ....
ReplyDeleteSaya ingin bertanya, apabila mengajar di sekolah semasa RLM 2013, WAJIBkah kita diberi mata pelajaran major atau minor yang dipelajari di UUM dulu? Ini kerana pihak sekolah memberikan subjek yang bukan major dan minor. Sekian terima kasih.
Nur Rabiah Haifa,
ReplyDeleteSila tulis no. matrik dan nama sekolah anda. Sepatutmya mesti ada major dan/atau minor. Sudahkah anda berbincang dengan PK sekolah.
Sila hubungu Pensyarah Pembimbing anda di UUM
Salam Hormat Tuan,
ReplyDeleteTerima Kasih di atas segala jasa Tuan. Semua berjalan lancar di SMK Dato' Lela Pahlawan, 09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman.
Gunalan 0124372215
Assalamualaikum, Salam Hormat dan Salam 1 Malaysia
ReplyDeleteSaya, NITA BINTI EDAMA, 217128, telah melapor diri di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang..